Thursday, June 23, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 4-

Tel Aviv


SEKITAR 1000 TAHUN SEBELUM MASIHI (BERMULA BANI ISRAEL DILANTIK MENJADI PEMIMPIN)

31.Nabi SUlaiman berjaya mengislamkan sebuah kerajaan besar bernama kerajaan Saba'.Kerajaan ini mempunyai binaan empangan yang besar bernama empangan Ma'arib.Ia dipimpin oleh Ratu Balqis.

32.Cincin Nabi Sulaiman pernah hilang dan kerajaannya goyah kerana dicuri oleh Jin.

33.Didalam tafsir, Allah menguji Nabi Sulaiman dengan kehilangan kuasanya kerana Baginda tidak menegur isterinya yang berbuat salah.

34.Jin yang mencuri cincin Nabi SUlaiman telah menyamar dan duduk di singgahsana Baginda.

SEKITAR 500 TAHUN SEBELUM MASIHI.

35.Nabuchadnezzar adalah seorang raja dari Iraq yang menyerang dan mengahpuskan kota Jerusalem pada tahun 586 S.M.Dia kemudiannya menjadikan Bani Israel sebagai hambanya.

36.Selama beberapa tahun di bawah pemerintahan Nabuchadnezzar,akhirnya Bani Israel dapat dibebaskan oleh Cyrus The Great pada 538 S.M. Pendapat ulama' sirah ada yang mengatakan bahawa Cyrus The Great adlah Iskandar Zulkarnain.

37:Kisah makhluk aneh yang dikurung oleh Iskandar Zulkarnain disebut di dalam al-quran dan hadith sebagai Yakjuj & Makjuj.

SEKITAR 200 TAHUN SEBELUM MASIHI

38.Kisah pemuda yang tertidur selama 309 tahun berlaku 200 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan.Ketika Nabi Isa dilantik menjadi Rasul,Nabi Isa bercerita mengenai kisah ini,orang ramai menunggu akhirnya,setelah 100 tahun selepas Nabi Isa,pemuda ini bangun dari gua,pemuda ini terkenal dengan nama Ashabul Kahfi.



39.Kisah pemuda ini disebut di dalam surah al-kahfi.Bersama pemuda beriman ini terdapat seekor anjing bernama Qitmir.

SEKITAR 50 TAHUN SEBELUM MASIHI

40.Keluarga Imran adalah keluarga orang soleh yang telah bernazar untuk menjadikan anak mereka berkhidmat untuk Baitul Maqdis.Ketika anak ini lahir,beliau telah diberikan nama sebagai Maryam.

-Bersambung~ Belladeone 23062016 22:50~







No comments:

Post a Comment