Monday, June 27, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 8-



 

SEKITAR MASJID AL-AQSA

71.Imam al-ghazali mula menulis kitab Ihya Ulumuddin di Masjid Umawi di Damsyiq dan menyempurnakannya di dalam Masjid Al-Aqsa di biliknya di kawasan penjara Jin.

72.Dibawah masid utama bawah tanah terdapat Perpustakaan lama (terdapat 500 ribu kitab berkaitan masjidil aqsa)

73.Tempat para wali berkumpul di dalam Al-Aqsa ialah di Maqam Arbain.

SEKITAR PEPERANGAN SALIB KURUN KE 10 MASIHI.

74. Tentera Salib menguasai Kota Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa hampri 100 tahun dari tahun 1099 masihi hingga 1187 masihi.tentera salib ini berasal dari Eropah.

75.Tentera Salib telah merubah masjid utama al-aqsa menjadi Church of Sulaimani dan menjadikannya sebagai pejabat pemerintah manakala Dome of Rock ditukar menjadi Church of Doomi.Bagi 3 masjid di bawah tanah,tentera salib telah menjadikaanya sebagai kandang kuda.

76.Raja Salib yang memerintah Jerusalem adalah King Baldwin,ketika King Baldwin mankat,ia telah digantikan oleh Abang iparnya iaitu Guy The Lusigna (Guy de luzion).Setelah menaiki tahta,Guy The lusigna telah mengisytiharkan peperangan dengan orang islam.

77.Oeoerangan Salib yang menyaksikan tentera Salib kalah pada tahun 1187 masihi berlaku di Qarnal Hittin.Jaraknya dari Jerusalem lebih kurang 200 km.

78.Salah satu divisyen tentera Salahuddin al-ayubi ialah orang kristian dari Jerusalem.Ia dipimpin oleh Isa Al-Awwam,mereka tidak bersama tentera Salib dari Eropah kerana mereka setia pada perjanjian Umar yang dibuat oleh Saidina Umar untuk penduduk Jerusalem.

79.Replika perjanjian lama ini ada di masjid umar di Jerusalem dan manuskrip yang asal terdapat di dalam simpanan Kristian Ortodok di Jerusalem.

80.Setelah mengalahkan tentera Salib di peperangan Hittin,maka Salahuddin telah ke Baitul Maqdis.Ketika itu,tentera Salib di Baitul Maqdis diketuai oleh Balian Son Of Godfrey.































No comments:

Post a Comment