Monday, June 27, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 5-


tangga menuju ke tempat beribadat Maryam/bilik Maryam di dalam masjidil aqsa.

SEKITA R 50 TAHUN SEBELUM MASIHI

41.Keluarga Imran berasal dari Nazareth (200km dari Jerusalem), mereka telah mengamanahkan anak mereka kepada Nabi Zakariya di Jerusalem untuk dididik dan berkhidmat di Baitul Maqdis.

42.Nabi Zakariya menjaga Maryam seperti anaknya sendiri.Siti Maryam telah diberikan bilik di Baitul Maqdis.Nabi Zakariya merasa hairan kerana setiap kali baginda menghantar makanan kepada Siti Maryam,baginda telah mendapati di sisi Siti Maryam terdapat makanan.

43.Setelah Siti Maryam dewasa,beliau sering berulang-alik ke kampungnya di nazareth.Satu ketika di satu tempat di Nazareth bernama Bisyarah,datang Malaikat membawa perintah kepadanya mengandungkan seorang Nabi bernama Nabi Isa.

SEKITAR 1 MASIHI (DARI KELAHIRAN NABI ISA A.S)

44.Ketika mulai mengandung, Siti Maryam mendapat tohmahan dari penduduk Jerusalem.Akhirnya beliau membawa diri ke Bethlahem dan pada 1 Masihi,beliau telah melahirkan Nabi Isa di Bethlahem.

45.Ketika Nabi Isa dilahirkan, Allah memerintahkan agar Siti Maryam membawanya kembali ke Jerusalem.Di sana Nabi Isa telah bercakap,padahal baginda masih bayi lagi.Raja Bani Israel bernama Herod the Great telah mengarahkan untuk membunuh baginda kerana takut anak ini akan menjadi orang yang akan merampas tahtanya.Siti Maryam telah mebawa Nabi Isa keluar dari Jerusalem menuju ke Bahanatsa di Mesir.

46.Setelah dua tahun berada di Bahanatsa,Siti Maryam membawa Nabi Isa kembali ke kampung halamannya di Nazareth.

47.Setelah dewasa,Nabi Isa mula berdakwah dan baginda telah menunjukkan 27 mukjizat baginda di Tasik Galilie(tempat di mana manusia bertukar monyet)

48.Di antara mukjizat Nabi Isa ialah boleh menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit.

49.Dari Nazareth,Nabi Isa mula bergerak dengan Hawariyyun baginda ke Jerusalem.Baginda telah mendapat ajaran kitab Injil dari jabal Qaruntul di jericho.Sampai di jerusalem, baginda mula berdakwah dan akhirnya difitnah oleh ahli kitab yang cemburu dengan ketokohan baginda.

50.Pada zaman Nabi Isa,terdapat dua orang Nabi lagi di utus serentak iaitu Nabi Zakariya dan Nabi Yahya.













No comments:

Post a Comment