Monday, June 27, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 6-

gereja Kristian-tempat dimana Judais di salib.

SEKITAR 1 MASIHI (DARI KELAHIRAN NABI ISA A.S)

51.Orang yahudi telah mebunuh Nabi Zakariya dengan digergaji kepala baginda,Nabi Isa cuba di salib tetapi seseorang telah diserupakan dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya telah disembelih dan dicincang badannya.

52.Tiga orang Nabi terkenal mendapat wahyu dari 3 gunung iaitu: Nabi Musa di Jabal Tursina,Mesir,Nabi ISa di Jabal Qaruntul,Palestin & Nabi Muhammad di jabal Nur,Mekah.

53.Ketika Nabi Isa ingin ditangkap,seseorang telah diserupakan sebagai Nabi Isa sedangkan Nabi Isa telah diangkat ke langit.

54.Nabi Isa mempunyai seorang pembantu perempuan di dalam dakwahnya berasal dari kampung Majdal bernama Maryam Majdaliyya terkenal di barat dengan nama Marry Magdaline.

SEKITAR TAHUN 70 MASIHI

55.Nabi Isa berasal dari Bani Israel,sebahagian orang menamakan ajaran Nabi Isa sebagai Kristian tetapi hanya 2% sahaja orang yahudi yang percaya kepada ajaran kristian ini.

56.Masjid al-aqsa dan kota Jerusalem diserang dan dihanguskan oleh tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Titos pada tahun 70 masihi.Ketika itulah Tabut telah hilang dari simpanan Bani Israel.

57.Orang Rom telah membakar kitab Injil dan setelah itu ahli kitab yang khianat telah merubah isi kitab Injil.Para Hawariyyun pula dibunuh.Hal ini berlarutan sehingga 300 masihi sehinggalah Maharaja Constantine (Maharaja Rom) memeluk kristian.Bangsa pertama yang memeluk kristian ialah bangsa Armenia dan sebab itu mereka mendapat tempat di Jerusalem.

SEKITAR 600 TAHUN MASIHI (ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW)

58.Kota Jericho dikenali sebagai City of the moon kerana penduduk aslinya dahulu menyembah bulan dan terkenal sebagai kota paling rendah dimuka bumi dengan kadar 400 meter dari paras laut.

59.Didalam al-quran,ayat yang menyebut kota Jericho sebagai kota paling rendah di muka bumi terdapat di dalam surah ar-rum ayat ke-2.

60.Ketika peristiwa Israk Mikraj,nabi Muhammad SAW telah bersembahyang dengan 124 ribu roh para Nabi dan Rasul.
















No comments:

Post a Comment