Monday, June 27, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 10-



SEKITAR 1950

91.Israel punyai 7 juta rakyat sebagai warganegara dan seramai 1.7juta adlah orang dari kalangan orang Arab sendiri.


AKHIR ZAMAN

92."The Last Commander of Islam" yang akan memimpin umat islam berhadapan dengan orang kafir ialah Imam Mahdi.

93.Setelah umat islam menang, keadaan dunia begitu aman sehinggalah datang seorang yang akan mengalahkan umat islam dipanggil Dajjal.

94.Dajjal mendapat gelaran al-masih kerana dia setanding dengan Nabi Isa.

95.Dajjal membawa orang menyembah syaitan,pengikutnya terdiri dari orang kafir seluruh dunia,ketika itu ahli kutab akan beriman dan bersama orang islam.

96.Ketika itu,dunia dikuasai oleh Dajjal dan pengikutnya,umat islam sangat menderita,ketika itu Allah menurunkan Nabi Isa dari langit,baginda diturunkan di Menara Putih di Syam,Syria.

97.Ketika bermula peperangan antara orang islam dan orang kafir serta yahudi,semua batu dan pokok akan bercakap dan menyatakan bahawa orang yahudi berada di belakang mereka melainkan satu pokok bernama Ghargad.

98.Nabi ISa akan bersembahyang bersama umat islam di Masjid al-aqsa dan selepas itu,baginda mula memimpin umat islam menentang dajjal dan akhirnya Dajjal dapat dibunuh di Kota Lod(15km dari Tel Aviv)

99.ketika selesai membunuh Dajjal,Nabi Isa akan menghapuskan Salib dan babi yang dibela kerana kedua-duanya fitnah kepada syariat Nabi Isa.

KIAMAT.

100.Menurut hadith,Baitul Maqdis adlah "Ardul Mahsyar dan Ardhul Mansyar" iaitu bumi tempat bermula hari kiamat dan bumi bermula hari kebangkita,ini kerana Baitul Maqdis pintu alam ghaib.


TAMAT

~27062016  MALAM 23 RAMADHAN 1436 HIJRIAH 22:30~


















No comments:

Post a Comment