Monday, June 27, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 9-









SEKITAR PEPERANGAN SALIB KURUN KE 10 MASIHI.

81.Ketika tentera salib menawan aqsa pada tahun 1099 masihi,mereka menyembelih 70 ribu penduduk Islam di Baitul Maqdis,ketika Salahuddin al-ayubi menawan kembali al-aqsa pada 1187 masihi,beliau menawarkan baki tentera salib di aqsa agar menyerah,sebagai balasannya,salahuddin bersetuju untuk menjamin keselamatan 100 ribu penduduk kristian di Jerusalem dan tidak ada penduduk kristian di aqsa yang dibunuh.

82.Setelah dapat menawan al-aqsa dari tentera salib,salahuddin al-ayubi meletakkan Mimbar Nuruddin Mahmud Al-Zenki di dalam Al-Aqsa.

SEKITAR KURUN KE-19

83.Dr. Thedore Hetzle adalah tokoh zionis yang mula-mula mencadangkan Penubuhan negara Yahudi pada hujung kurun ke-18.

84.Dr Thedore Hetzle telah bertemu Khalifah Abdul Hamid (Khalifah Uthmaniyah terakhir) untuk memohon agar yahudi diberi penempatan di Palestin,permohonan itu telah ditolak.

85.Selepas itu,beliau adlah antara perancang utama agar sistem khalifah dihapuskan.

86.Langkah pertama untuk menghapuskan sistem khalifah dengan meniupkan semanagat kebangsaan agar orang Arab menolak khalifah Bani Uthmaniyyah di Turki.Hasilnya terjadilah Revolusi Arab oleh Syarif Hussain.

87.Revolusi Arab menentang kerajaan Bani Uthmaniyyah berlaku pada tahun 1916 dan tahun 1917 Palestin & Baitul Maqdis jatuh ke tangan British.

88.Setelah revolusi arab berlaku,berlaku pula gerakkan dalaman Turki dipimpin oleh Kamal Al-Tartuk.Akhirnya,sejarah menyaksikan terhapusnya sistem Khalifah Islamiyyan pada tahun 1924.

SEKITAR 1950

89.1967,berlaku peperangan antara Israel dengan 5 negara arab iaitu Palestin,Jordan,Syria,Mesir & Lubnan dan sejarah menyaksikan wilayah yang dikuasai Isr...ael semakin luas.

90.Is...membahagikan wilayah kepada 3 zon iaitu Zon A untuk orang Palestin sahaja,Zon B untuk orang Is sahaja dan Zon C untuk Jerusalem iaitu orang Yahudi dan orang Islam boleh tinggal sekali.Walaupun Zon A untuk orang Palestin,tapi 5 perkara tetap dijaga oleh Yahudi iaitu hak ruang udara,hak bekalan air,hak bekalan elektrik,hak pasukan keselamatan dan hak imigresen.







































No comments:

Post a Comment