Tuesday, June 7, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI DI PALESTIN -BAHAGIAN 3-


 AQSA DIHATIKU
SEKITAR 1000 TAHUN SEBELUM MASIHI (BERMULA BANI ISRAEL DILANTIK MENJADI PEMIMPIN)...
21- Nabi Bani Is.Ra.El ketika ini,Nabi Samuel bermunajat agar Allah utuskan mereka seorang pemimpin untuk melawan Jalut, akhirnya Allah menunjukkan seorang petani bernama Talut.
22- Pada mulanya, Bani Is.Ra.El tidak menerima kepimipinan Talut,tetapi malaikat telah membawa sebuah kotak yang didalamnya terdapat barang-barang mukjizat Nabi Musa & Harun.Kotak itu disebut didalam Al quran sebagai Tabut. (Didalam Tabut tersebut mengandungi Buku Sihir,Tongkat Nabi Musa, Cincin Nabi Sulaiman & Barang Nabi Harun)
23- Bersama tentera Talut terdapat seorang anak kecil belasan tahun.Anak kecil ini berperang bersama-sama Talut dan akhirnya beliau berjaya membunuh Jalut.Anak kecil ini bernama Daud.
24- Kerana berterima kasih dengan anak kecil yang dapat membunuh Jalut, Talut menjadikan Nabi Daud sebagai menantunya.Bagi orang Barat,kisah Jalut & Talut dikenali sebagai kisah David & Golait.
25- Setelah peperangan tamat, orang-orang di dalam Jerusalem telah mengiktiraf kehebatan Talut & akhirnya beliau telah di angkat menjadi Raja Bani Is.Ra.El yang pertama.
26- Setelah Talut wafat di dalam satu pertempuran di Pergunungan Gilboa di Palestin, Bani Is.Ra.El melantik Nabi Daud menjadi pengganti Talut.
27- Diantara mukjizat NAbi Daud adalah boleh menempa besi dengan tangannya.
28- Perkahwinan Nabi Daud dan anak gadis Talut telah berlangsung. Mereka telah dikurniakan anak bernama Afsalom dan Sulaiman.
29- Sulaiman akhirnya dilantik menjadi Rasul dan menggantikan tempat Nabi Daud.Mukjizat Nabi Sulaiman terletak pada cincin Baginda dan di antara mukjizat Baginda ialah memerintah & menundukkan jin.
30- Nabi Sulaiman memenjarakan jin yang melanggar syariat pada zamannya di penjara jin yang terletak di dalam Masjid Al-Aqsa.
BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment