Sunday, June 5, 2016

ULANGKAJI SEJARAH NABI-NABI...BAHAGIAN 1.



SUMBER:USTAZ MUHAMAD BIN ABDULLAH
SEKITAR 1800 SEBELUM MASIHI:
1-Nabi Ibrahim berasal dari Ur,Iraq.
2-Nabi Ibrahim mempunyai isteri yang bernama Siti Sarah & Siti Hajar.
3-Dari keturunan Siti Hajar lahirlah Bangsa Arab.
4-Nabi Ibrahim digelar sebagai bapa para Nabi kerana banyak Nabi & Rasul lahir dari keturunannya.
5-Nabi Ibrahim wafat & dimakamkan di Hebron.
6-Sejarah Bani I.S.R.A.EL berada di bumi Mesir bermula ketika Nabi Yusuf dibuang ke perigi & dijual sebagai hamba ke Mesir.
SEKITAR 1300 TAHUN SEBELUM MASIHI (ZAMAN NABI MUSA)
7-Firaun di Mesir telah memperhambakan Bani I.S.R.A.EL. Dia mengarahkan untuk membunuh anak lelaki kecil dari Bani I.S.R.A.EL.Tetapi Allah menghendaki seorang bayi telah dihanyutkan ke sungai hingga terdampar di kawasan istana Firaun dan telah diambil oleh isteri Firaun bernama Asiarifti.
8-Nabi Musa dengan tidak sengaja terlibat dengan pergaduhan antara seorang lelaki Qibti dan seorang lelaki Bani I.S.R.A.EL. Tanpa sengaja, baginda telah menyebabkan kematian lelaki Bani I.S.R.A.EL. Baginda kemudian lari meninggalkan Mesir menuju ke Madyan iaitu perkampungan Nabi Syuaib.Baginda akhirnya berkahwin dengan anak perempuan Nabi Syuaib.
9-Allah telah memberi wahyu agar Nabi Musa kembali ke Mesir dengan dua tugas iaitu menyeru Firaun kembali kepada Allah dan membebaskan Bani I.S.R.A.EL dari penghambaan.Misi pertama ditolak firaun dan misi kedua berjaya setelah Allah menunjukkan 10 kejadian mukjizat.
10-Nabi Musa berjaya membawa Bani I.S.Ra.EL keluar dari Mesir menuju ke Baitul Maqdis.

23:18 05062016 ~Belladeone~

No comments:

Post a Comment