Wednesday, July 20, 2016

Ubah landskap Malaysia, Singapura

Najib bersama Hsein Loong menyaksikan Abdul Rahman (kanan) dan Boon Wan bertukar dokumen pada majlis menandatangani MoU Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Hubungan Malaysia-Singapura kini memasuki fasa baharu apabila pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bernilai RM40 bilion yang dijangka beroperasi pada tahun 2026 bakal menyaksikan perubahan landskap serta masa depan kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan satu kajian awal bagi mengetahui kesan berganda pelaksanaan projek tersebut kepada kedua-dua negara.
“Dijangkakan sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baharu akan dapat diwujudkan menerusi projek ini, namun kita melihat gambaran yang lebih besar ialah perubahan yang sangat hebat bukan sahaja berlaku di Lembah Klang dan Singapura malah di bandar-bandar sepanjang laluan HSR itu nanti.
“Seremban, Melaka, Muar dan Batu Pahat, semua bandar-bandar ini akan menerima manfaat besar dari segi pembangunan ekonomi malah bakal merubah masa depan Malaysia dan Singapura.
“Banyak lagi perkara menarik akan dapat kita lihat dan menjadi realiti apabila projek ini beroperasi sepenuhnya serta akan berlaku perubahan dalam gaya hidup rakyat,” katanya
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) projek HSR di Seri Perdana di sini semalam.
19/7/2016

Artikel Penuh: kosmo
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment