Friday, September 23, 2016

Kami bangga dengan anda -Rang Malay-



ATLET EMAS... (dari kiri) Latif, Ziyad dan Ridzuan bersama Radiah yang meraih pingat gangsa disambut meriah di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


#KAMI luar biasa. Demikian semangat atlet paralimpik negara atas kejayaan meraih tiga pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil yang berakhir Isnin lalu.
Ketibaan 21 atlet yang dipimpin Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr. Ang Kean Koo disambut dengan semburan air sejurus pesawat EK0346 dari Dubai yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 3.14 petang semalam.
“Saya mahu mereka (atlet paralimpik) menjadi ikon kepada rakyat Malaysia. Mereka serba kekurangan tetapi bagi kita yang cukup sifat pasti mampu melakukan pencapaian yang lebih luar biasa,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis sambutan atlet paralimpik di Kompleks Bunga Raya, KLIA semalam.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas pertama negara dalam acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy) disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).
Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang itu apabila meraih emas ketiga selepas memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki.
Siti Noor Radiah Ismail pula menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20.


Artikel Penuh: kosmo
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment