Friday, September 23, 2016

KEMBOJA DAN KEKEJAMAN POL POT.

Tengkorak mangsa kekejaman Pol Pot disimpan.Dianggarkan 20ribu orang dibunuh di Choeung Ek Genocidal Center.Jumlah yang dibunuh mungkin lebih.

Penulisan ini berdasarkan pada pembacaan saya dalam novel I Love You Stupid karya Puan Melur Jelita,penerangan dari tour guide Kembara Korban Kemboja Ustaz Mad Rozali trip Ez Qurban dan ketua keluarga/tuan rumah yang kami tinggal di sana.
1.Anggaran penduduk rakyat Kemboja kini ialah 15 juta, di mana setengah juta rakyat adalah orang islam bersamaan 3% sahaja.Agama rasmi ialah Buddha.Rakyat terdiri dari bangsa Khmer,China,Vietnam dan minoriti Champa
2.Terdapat dalam 600 perkampungan di Kemboja di mana penduduk majoritinya terdiri dari orang Islam Champa.
3.Pol Pot adalah seorang lelaki berbangsa Khmer(berfahaman komunis).Mengetuai Khmer Rouge.
4.Khmer Rouge memerintah dari tahun 1975-1979.Rejim Khmer rouge terdiri dari bangsa Khmer yang taat setia kepada komunis.Jika ada dikalangan mereka yang keluar dari rejim,mereka akan diseksa dan dibunuh.
5.Dua sasaran Pol Pot iaitu penghapusan seluruh orang Islam sebelum 1980 dan penghapusan seluruh keturunan orang-orang berilmu/cendiakawan tanpa mengira bangsa.Ini kerana mereka ingin mengekalkan golongan biasa dan yang menurut perintah komunis sahaja.
6.Tidak boleh mengamalkan mana-mana ajaran agama terutamanya agama Islam di mana wanita islam tidak boleh memakai tudung dan menutup aurat manakala lelaki tidak boleh memakai serban dan jubah.Suami,isteri dan anak-anak dipisahkan.Jika ingin berjumpa,perlu mendapat kebenaran dari Khmer Rouge.Helaian al-quran dijadikan tisu tandas.Golongan wanita wajib berambut pendek dan pakaian rakyat pada waktu berkenaan warna hitam sahaja.
7.Jika mereka mendapati terdapat seorang ahli keluarga hilang/melarikan diri,maka seluruh keluarga dibunuh.Jika sebuah keluarga hilang/melarikan diri,maka seluruh penduduk kampong akan dibunuh.Setiap rumah pada waktu berkenaan,tiada dapur dan makanan.Makanan hanya akan diberikan oleh mereka pada waktu tertentu sahaja.Jadi,rakyat hanya bekerja dan bercucuk tanam hanya untuk Khmer Rouge sahaja.Sesiapa yang mengambil hasilnya,akan dibunuh.
8.Makanan harian mereka ialah nasi air yang dicampur dengan segala jenis daging seperti ular,babi dan sebagainya(provokasi kepada agama islam).
9.Bagi umat islam Champa,mereka akan dibunuh pada waktu maghrib di tengah sungai.Dalam tempoh 4 tahun,dianggarkan 500,000 umat islam mati dibunuh.Yang mana berjaya melarikan diri,mereka akan melarikan diri ke Malaysia melalui Thailand.Dikatakan pada waktu berkenaan,Raja Arab telah berjumpa dengan Raja Thailand dengan membayar dengan jumlah tertentu untuk memberi jalan kepada pelarian Cham ke Malaysia.Raja Thai bersetuju dengan syarat hanya melalui Thailand sahaja.
10.Bagi melahirkan generasi baru iaitu generasi taat pada Khmer Rouge,mereka akan memanggil seorang lelaki dan seorang wanita untuk dikahwinkan secara paksa dan tanpa persetujuan yang menurut mereka dirasakan sesuai.Jika mereka menyatakan tidak setuju,maka akan dibunuh.Mereka tidak peduli sama ada lelaki/wanita berkenaan sudah berkahwin atau tidak sebelum ini,berbeza agama ataupun tidak,suka ataupun tak,asalkan mereka mesti mempunyai zuriat dari perkahwinan berkenaan.
11.Kemboja hanya aman pada tahun 1998.Walaubagaimanapun,umat Islam tetap dipinggirkan di mana kerajaan tidak mempunyai peruntukan terhadap umat islam namun tidak menghalang mereka mengamalkannya.
Petikan dari Novel “I love you stupid” oleh Puan Melur Jelita.
12.”Menghafal salah satu cara untuk menampung kekurangan muqaddam.Itulah cara terbaik yang diamalkan zaman-berzaman lebih-lebih lagi selepas zaman regim komunis Pol Pot.Masjid dimusnahkan,ulama dan para ustaz dibunuh,al-quran dan muqaddam dihina dan diinjak,dujadikan sebagai kertas lap kotoran dan dibakar.Penganut islam tidak dibenarkan menunaikan solat,mengaji,berpuasa dan segala aktiviti berkaitan islam.Sesiapa yang melanggar perintah,akan dibunuh.Mereka yang tidak berdaya,hanya mampu berniat solat dalam hati.Menghafal al-quran secara senyap-senyap seberapa banyak juzuk yang boleh.Sebaik sahaja Pol Pot Berjaya diusir,gerakan pertama dilakukan oleh penduduk islam ialah kembali ke masjid,mendirikan solat dan membersihkannya.Mencari alquran atau cebisannya.Dilekat dengan gam nasi,cuba diselamatkan dan dikumpulkan mana yang ada.Dicatat segalah hafalan mereka dan dijadikan catatan untuk rujukan ramai.Dan ajaibnya dalam tempoh yang singkat,sebuah al-quran yang lengkap dapat disempurnakan.Bila tiba bantuan al-quran ke Kemboja,perkara pertama sekali dilakukan ialah meneliti dan memeriksa kesahihan naskah al-quran yang bertulisan tangan dan hasil hafalan tadi didapati 100% tepat”.
13.”Tetapi awak tidak berada di Kemboja ketika zaman komunis itu,macam mana awak tahu begitu banyak sekali?”
“Kami tak pernah terputus hubungan dengan keluarga di Kemboja.Sebaik sahaja komunis kalah,baba dan mama segera kembali ke Kemboja,menyambung semula legasi perjuangan dakwah islam.Mama dan baba selalu menceritakan kepada kami sama ada melalui surat atau kiriman video.Kami selalu diingat dan disedarkan dengan penderitaan orang islam di sini.Malang sungguh nasib Kemboja.Sebuah Negara yang kaya dengan intan permata, emas perak dan hasil pertanian yang subur hancur musnah dalam tempoh 4 tahun komunis memerintah.Komunis tidak mahu ada golongan intelek,elit,cerdik pandai atau orang kaya.Mereka dianggap akan menyusahkan dan mengajak rakyat memberontak kepada pemerintahan komunis.Pol Pot lebih rela membiarkan rakyat yang tidak berilmu untuk hidup dan bekerja untuknya seperti lembu dan kerbau.Ideologi yang kejam.Kononnya berjuang sama rata dan semua adalah tuan.Tiada kasta,hamba atau golongan bawahan.Satu penipuan yang licik......”

Muzium Tuol Sleng tempat dimana mangsa akan diseksa di sini dengan bermacam seksaan sebelum di hantar ke 'killing field"/genocidal center.Asalnya adalah sekolah sebelum dijadikan tempat penyeksaan oleh Khmer Rouge.

No comments:

Post a Comment