Sunday, September 25, 2016

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-59


Assalamualaikum,

Entri lewat tapi nak pos juga.Tahniah Malaysia dan seluruh rakyat sempena kemerdekaan kita ke-59.Moga kekal aman dan makmur senantiasa di bawah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.

Ini adalah pertama kali saya menyambut merdeka di Dataran Merdeka dan walaupun depan tv saya jarang tonton.Perbarisan ni bukan minat saya untuk tonton melainkan ada demo.Segar la biji mata.

Tepat jam 7.30 pagi baru keluar dari rumah,dan parkir kereta di stesen KTM.Macam biasa la,baru pertama kali buat,semua rasa tak kena,rasa malas nak pergi la,semua ada.Tapi atas sebab rasa seronok dan cintakan negara,maka saya kuatkan semangat nak pergi juga.Ajak keluarga pergi,depa malas nak pergi.Tak pa,fahamlah sebab nak bawa anak-anak kecil ni susah.Jadi,jumpa kawan sahaja di stesen masjid jamek.Sekitar 9 pagi baru bergerak ke Dataran Merdeka.Sambil-sambil tu beli headband tertera tulisan "Malaysia". Yeahhhhh,I is semangat.

Sepanjang nak pergi ke stesen masjid jamek,macam-macam ragam saya lihat.Ibu bapa yg mempunyai anak kecil sangat bersemangat bawa anak-anak pergi ke sana.Ada yang dipakaikan baju bendera.Senyum je semua,ada yang masam mencuka sebab kena kacau tidur la tu.Ekeke.Ada yang lain pula,seorang mak cik bawa anak gadisnya pertama kali sambut merdeka,dengan beliau sendiri pertama kali sambut merdeka di sana...Tapi satu benda yang saya dapat lihat,masih ramai lagi yang sayangkan dan cintakan negara ini dengan sanggup bersesak-sesak ke Dataran Merdeka.Semangat ini yang kita mahu dalam setiap rakyat Malaysia.Kalau boleh,tahun hadapan,minta penganjur sediakan tempat yang lebih selesa untuk orang awam datang beramai-ramai menyaksikan perbarisan dan sama-sama melaungkan merdeka.

Dalam anggaran kasar saya,dalam puluhan ribu membanjiri Dataran Merdeka pada pagi 31/8/2016.
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

Satu harapan saya,tahun hadapan akan lebih meriah dan lebih banyak skrin layar yang disediakan untuk orang awam lihat,tidak perlu berpusu-pusu ke tepi penghadang untuk melihat.Pada yang saya amati,tidak banyak skrin layar yang disediakan.Lebih sesuai disediakan mula dari stesen masjid jamek hingga ke dataran merdeka.Jadi,banyak pit stop yang kami boleh tonton perbarisan tanpa perlu berebut-rebut.


Antara gambar yang sempat diambil:









Comelkan...

23:11 25/09/2016

No comments:

Post a Comment