Friday, November 11, 2016

Berjaya bangkit selepas gagal



Rosmah menyampaikan Pingat Emas Perdana MAIWP kepada Siti Nur Fatihah pada majlis Konvokesyen PICOMS di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang anak pekebun membuktikan kegagalan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bukan penghalang baginya untuk menjadi pelajar cemerlang keseluruhan sempena konvokesyen Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) semalam.
Bukan itu sahaja, Siti Nur Fatihah Abdul Wahid, (gambar kecil) 25, dari Sabak Bernam, Selangor, yang mengambil jurusan Diploma Fisioterapi turut menerima Pingat Emas Perdana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada majlis berkenaan apabila mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.97.
Kata anak ketujuh daripada 10 beradik itu, dia nekad menyambung pelajaran selepas hanya mendapat purata nilai gred (GPA) 1.60 ketika STPM.
“Saya berjaya menebus semula kegagalan sebelum ini dengan memberi tumpuan ketika belajar bagi memahami idea dan konsep yang diajar pensyarah.
“Ayah dan ibu yang paling banyak menyokong saya. Walaupun ayah hanya pekebun dan ibu suri rumah sepenuh masa, mereka amat mementingkan pendidikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen PICOMS kali ke-4 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment