Friday, November 11, 2016

Hidang Pulut Kuning, Gadis Malaysia Muncul Juara Kejohanan Memasak Antarabangsa Di Kanada


Dari Sabah bah. DARI SAYS.COM
  • 3 November lalu, anak muda tempatan dari Sabah, Safura Tawilmengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, Kanada

      • 3c2fImage via Safura Tawil
        Chef Safura Tawil menjulang piala kejuaraan Embassy Chef Challenge 2016.
    • Kejayaan ini adalah yang pertama dicapai oleh rakyat Malaysia. Safura Tawil yang baru berusia 25 tahun berjaya menjuarai pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016', satu acara kulinari antarabangsa berprestij di Ottawa, Kanada dengan mengalahkan 10 lagi chef dari Belgium, Guatemala, Jamaica, Sepanyol, United Kingdom, Perancis, Honduras, Kazakhstan, Pakistan, dan Trinidad & Tobago.
       says.com
    • Lebih mengagumkan, beliau adalah peserta termuda di antara semua chef yang mengambil bahagian. Kebanyakan chef yang bertanding adalah chef yang mempunyai pengalaman dalam dunia kulinari selama bertahun-tahun. Ada juga daripada mereka yang telah menerbitkan buku masakan dan mempunyai saluran masakan sendiri. Lebih hebat lagi, Safura turut menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.
       says.com
  • Safura yang kini bekerja sebagai chef di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa telah menjalin hubungan cinta dengan dunia kulinari dan makanan sejak dari kecil lagi

    • Chef Safura Tawil percaya bahawa memasak bukan sahaja mengenai makanan. Beliau sangat tertarik dengan gaya penyediaan makanan, bagaimana makanan meningkatkan deria rasa dan bau, serta bagaimana ia dapat "menggembirakan" mata.

      Hubungan cinta Chef Safura dengan dunia kulinari bermula sejak dari kecil lagi apabila beliau bekerja di tiga buah restoran milik keluarganya di Sabah termasuk satu restoran yang dinamakan sempena namanya sendiri - Restoran Siti Safura.
       says.com
      • F72bImage via Safura Tawil
        Chef Safura Tawil bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada, Dato' Aminahtun A. Karim.
    • Beliau meneruskan pendidikan diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Kulinari dan kemudian menjalani latihan industri di dua hotel terkemuka iaitu Pullman Hotel dan Marriot Hotel di Putrajaya.

      Chef Safura juga pernah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan, termasuk bertanding sebagai pelajar di "Culinaire Malaysia" bersaing dengan chef dari beberapa negara seperti Korea Selatan, Thailand, Singapura dan lain-lain.
       says.com
  • Pasti ramai tertanya-tanya, selain Pulut Kuning, resipi apa lagi yang dihasilkan oleh Chef Safura pada pertandingan tersebut sehingga membolehkannya dinobat sebagai juara?

    • Chef Safura mempersembahkan hidangan authentik kegemaran rakyat Malaysia kepada juri profesional dan 400 tetamu yang hadir.

      Tiga hidangan utama yang dipersembahkan adalah:

      1. Pulut Kuning bersama Rendang Daging dan Serunding
      2. Otak-otak bersama Acar dan Sambal Udang
      3. Sate Ayam bersama Kuah Kacang


      Ketiga-tiga hidangan yang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa ini telah berjaya menambat hati juri untuk meletakkan Malaysia sebagai juara!
       says.com
      • 971fImage via Safura Tawil
        Dari kiri: Otak-otak, pulut kuning, dan sate ayam.
    • Juri pertandingan adalah Mrs. Margaret Dickerson, seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, chef kepada Perdana Menteri Kanada, dan Chef Marc Lepine, chef terkemuka di Kanada dan pemilik restoran ternama Atelier di Ottawa.
       says.com
      • 7d9cImage via Safura Tawil
        Chef Safura persembahkan 3 hidangan kepada para juri.
  • Lebih menarik, di sebalik kemenangan ini, terdapat satu kisah di sebalik tabir sebelum pertandingan yang menyebabkan Chef Safura hampir tidak dibenarkan bertanding atau disqualified

    • Begini kisahnya seperti yang diceritakan sendiri oleh Chef Safura Tawil:

      Pukul 2pm saya tiba di dewan pertandingan di Horticulture building, Landsdown Park dan bersiap sedia di booth Malaysia. Setiap peserta perlu menyimpan makanan di dalam warmer untuk memastikan makanan berada pada suhu yang betul. Pukul 4pm nanti, food inspector akan datang ke setiap booth untuk memeriksa suhu makanan. Peraturan agak ketat sedikit di sini. Suhu makanan yang tidak tepat serta-merta boleh membatalkan penyertaan peserta. Ini satu perkara yang saya paling gementar sekali.

      Dalam lingkungan jam 4.30pm, food inspector pun tiba di booth Malaysia. Nak jadikan cerita, ketika itu jugalah suhu makanan saya jatuh pada suhu yang tidak tepat. Kemudian food inspector itu berkata, 'I will come back to check it again'. Hati saya memang sangat bergelora pada waktu itu, takut penyertaan saya dibatalkan. Tapi saya terpaksa redha jika perkara itu berlaku.
       says.com
    • Kali kedua food inspector datang, suhu masih lagi tak naik. Manakala kali ketiga pula, skrip yang sama berulang. Apa yang saya fikir ketika ini hanyalah nak gulung tikar dan balik. Jam hampir pukul 6pm, semua chef negara lain dah mula sediakan makanan. Chef dari Malaysia masih lagi menunggu nasib dan kebenaran dari food inspector. Saya tak boleh nak buat apa-apa selagi tak mendapat lampu hijau.

      Walaubagaimanapun, mujur pihak penganjur sangat supportive dan tak menyalahkan saya. Alhamdulillah, kali keempat mereka datang akhirnya saya dibenarkan untuk bertanding. Rasa macam nak nangis dan malu pada masa yang sama. Syukur sangat.


      Kisah penuh boleh anda baca di Facebook Safura Tawil.
       says.com
  • Dengan rintangan yang terpaksa ditempuh Chef Safura pada awal pertandingan, akhirnya beliau dinobat sebagai juara mengalahkan 10 peserta lain. Hebat anak Malaysia!

    • Safura berkata:

      "Perkara paling seronok dan best ialah apabila tetamu datang ke booth dan cakap 'You should win because your food is amazing'. Dengar macam tu pun saya rasa macam dah menang, kalau saya tak menang sekali pun."
       says.com
  • Tahniah Safura Tawil! You are definitely an amazing chef. Semoga terus sukses di masa hadapan. :)

No comments:

Post a Comment