Monday, November 21, 2016

UIAM juara debat di London


Ameera NATASHA (kiri) dan Mubarrat Wassey bersama trofi selepas dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan debat antara universiti di London semalam.


KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) yang berlangsung dari 18 hingga 19 November yang disertai 100 pasukan seluruh dunia di Universiti Cambridge, London semalam.
Pejabat Komunikasi Korporat UIAM dalam satu kenya­taan berkata, pasukan debat UIAM diwakili oleh Ameera Natasha Moore pelajar jurusan Undang-Undang dan Mubarrat Wassey jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan menewaskan tiga pa­sukan dalam format pertandingan debat empat penjuru.
Tiga pasukan itu dari Universiti Oxford, Universiti Toronto Canada dan pasukan dari Malaysia Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pada pertandingan akhir tersebut, usul yang dibentangkan bertajuk, dewan ini beranggapan sebuah institusi Islam yang berstruktur perlu diletakkan pada satu institusi dunia yang kukuh, kuat dan berpusat.


Artikel Penuh: kosmo
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment